masakan warga kl, siap dalam masa 31 minit, resepi ciptaan sendiri
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Nusantara
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Talam 1Malaysia
masakan warga kl, siap dalam masa 31 minit, resepi ciptaan sendiri
BAHAN-BAHAN
- Bhg Bawah. 110g tepung gandum 150g gula pasir 500ml air 4 helai daun pandan 0.5 sdt air abu
- Bhg Atas.
200ml santan pekat
400ml air
100g tepung beras
20g tepung ubi
1sdt garam halus
CARA PENYEDIAAN
- Sediakan bekas empat segi 9″x6″ dgn melapikan plastik tahan panas sebelah bawah ikut saiz bekas.
- Bhg Bawah. Larutkan gula pasir dgn 250ml air yg didihkan. Setelah gula hancur, tambahkan 250ml air sejuk (yg telah dikisar bersama daun pandan – tapis dulu tau!), masukan tepung gandum sebatikan – tapis ke dalam kuali. Tambah 0.5 sdt air abu, panaskan sehingga keluar wap. Tuangkan ke dalam acuan tadi dan kukus 20 minit.
- Bhg Atas. Campurkan semua bahan, tapis ke dalam kuali. Panaskan sehingga keluar wap, terus tuang ke atas bhg bawah yang dikukus tadi. Kukus selama 20 minit.
- Semasa mengukus, lap bhg dalam tudung setiap 5 minit. Gunakan api yg perlahan sekadar air berwap sahaja.
- SELAMAT MENCUBA DAN BOLEH DIBUAT NIAGA (potongan 1.5″x1.5″)
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.