Seakan-akan kuih apam gula hangus…tapi muffin.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Sweet Corn Muffin

Seakan-akan kuih apam gula hangus…tapi muffin.

BAHAN-BAHAN

  • 110 g mentega
  • 30 g gula halus
  • 6 camca besar “Golden Syrup
  • 2 biji telur gred A
  • 165 g tepung gandum*
  • 90 g tepung jagung*
  • 1 camca teh serbuk penaik* (*disatukan dan diayak)
  • 120 ml susu segar
  • 100 g jagung manis dalam tin
CARA PENYEDIAAN
  • Satukan mentega, gula, “Golden Syrup” dan pukul hingga sebati. Masukkan telur satu persatu sambil terus memukul hingga kembang dan gula hancur.
  • Turunkan kelajuan pengadun dan masukkan tepung sedikit demi sedikit berselang-seli dengan susu hingga habis. Gaul hingga rata.
  • Dengan menggunakan spatula, gaul jagung manis bersama adunan sehingga rata.
  • Sudukan adunan ke dalam acuan muffin 3/4 penuh. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C selama 20 – 25 minit, bergantung pada oven masing-masing.
  • **Kalau tiada “Golden Syrup” boleh juga diganti dengan madu lebah.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN