amat mudah untuk di buat, dan sangat sedap! cuba la ok semua! :)
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Nusantara
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Sup Telur Sedap
amat mudah untuk di buat, dan sangat sedap! cuba la ok semua! :)
BAHAN-BAHAN
- 4 Biji Telur Ayam (apa-apa gred)
- 3 Ulas Bawang Merah (dihiris)
- 1 Ulas Bawang Putih (dihiris)
- 3 Mangkuk air
- 1 biji cili besar (dihiris ikut suka)
- Garam secukup rasa (kalau tawar, tambah lagi ek)
- Serbuk perasa secukupnya (tambah jika perlu)
- 3 sudu besar minyak masak (digunakan untuk menumis bawang. x perlu banyak sangat. nanti masakan penuh dengan minyak. geli plak nak mkn kan.)
CARA PENYEDIAAN
- Pecahkan telur satu persatu ke dalam mangkuk yang agak besar.
- Kemudian, kacau telur tersebut hingga sebati. Selepas sebati, tuangkan air tadi.
- Panaskan kuali. Masukkan minyak.
- Masukkan garam ke dalam kuali setelah minyak sudah panas. Disusuli oleh bawang merah, bawang putih dan cili. Kacaukan.
- Selepas bawang agak kekuningan, tuangkan telur tadi ke dalam kuali. Kecilkan api.
- Selepas api dikecilkan, anda masukkan garam dan serbuk perasa secukupnya dan gaul sebati. (Harus dilakukan dengan cepat.)
- Kemudian setelah agak sebati, besarkan semula api dan biarkan sehingga air mendidih. Jangan kacau lagi.
- Setelah mendidih, anda kacau perlahan di bahagian bawah kuali supaya telur yang di bawah tidak melekat dan hangus. Jangan kacau sehingga hancur ek. Sup telur ni sensitif sikit. Hehe.
- Biarkan 2 minit setelah di kacau. Kemudian tutup api. Dan hidangkan. Selamat mencuba. ;)
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.