resepi keluarga

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Sup Ekor Mudah

resepi keluarga

BAHAN-BAHAN

  • 1/2 kg ekor lembu (potong2)
  • 1 1/2 sudu bsr ketumbar biji *
  • 2 ulas bawang putih *
  • 4 ulas bwg merah *
  • 1/2 inci kunyit hidup *
  • 1 1/2 inci halia *
  • 1 bunga lawang
  • 1 buah pelaga
  • 1 1/2 inci kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga cengkih
  • 1/2 sudu kecil serbuk lada putih (blh lebihkan jika suka)
  • daun sup & daun bawang secukupnya
  • bawang goreng secukupnya
  • garam secukup rasa
  • serbuk perasa secukupnya
  • air secukupnya
  • 1/2 cawan minyak utk menumis
CARA PENYEDIAAN
  • tumbuk bahan bertanda (*) bersama 1 sudu kecil garam hingga lumat ( mulakn dgn ketumbar & garam br diikuti bhn lain).
  • tumis bunga lawang, kulit kayu manis, bunga cengkih & buah pelaga bersama bhn tumbuk td hingga naik bau.
  • masukkan ekor & gaulkan dgn bhn tumis sehingga ekor bertukar pucat ( api sederhana shj bg mengelakkan drpd hangus).
  • masukkan 1 cwn air & biarkn mendidih dlm 10 minit ( ini bertujuan utk menghilangkn bau hanyir ekor tersebut).
  • masukkan 4 cwn air & rebuslah ekor hingga empuk dgn api sederhana shj ( jika kering tambah lg air hingga ke paras td).
  • masukkan serbuk lada putih.
  • bila ekor sudah empuk, perasakan dgn garam & serbuk perasa.
  • tutup api & taburkan daun sup, daun bawang & bawang goreng.
  • sedia untuk dihidangkan . sedap dimakan bersama sambal kicap.
  • utk resepi sambal kicap, lihat di resepi keladi goreng berperisa . http://www.myresipi.com/top/detail/5935

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN