Sesuai untuk kanak-kanak

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Sup Bebola Daging

Sesuai untuk kanak-kanak

BAHAN-BAHAN

  • BEBOLA DAGING:
  • 500 gm daging cincang/kisar
  • 2 ulas bawang putih – ditumbuk bersama 1/2 sdk garam
  • 3/4 sdk lada sulah
  • 3 sdb tepung jagung
  • 1/2 biji telur (gread A) – dipukul sedikit
  • * 1 biji telur (dipukul sedikit) – untuk menggoreng
  • * minyak untuk menggoreng
  • SUP:
  • * 3 ulas bawang putih
  • * 2 ulas bawang merah
  • * 1/2 inchi halia
  • * 1 sdk garam
  • 1 sdk lada sulah
  • sekawan rempah tumis
  • 50 gm daging dihiris (jika suka gantikan tulang pun boleh juga)
  • 2 biji kentang – potong 4 dan goreng sebentar
  • 1 liter air
  • sedikit daun sup
  • sedikit bawang goreng
CARA PENYEDIAAN
  • BEBOLA DAGING: Selain bahan untuk menggoreng (*), campurkan kesemua bahan lain & gaul sebati
  • Bentukkan adunan daging tersebut menjadi bebola
  • Gaulkan ke dalam telur(*) sebelum digoreng. Untuk tujuan sup, tak perlu goreng bebola sehingga terlalu garing
  • TIPS: Jangan guna terlalu banyak minyak
  • SUP: Tumbuk bersama bahan bertanda (*)
  • Panaskan minyak dan tumis bahan yang ditumbuk tadi. Masukkan juga lada sulah dan rempah tumis
  • Agak-agak tumisan telah 3/4 garing, masukkan bahan rencah (daging hiris/ tulang). Gaul sebati
  • Kira-kira 3-5 minit, masukkan pula air
  • Bila sup sudah mendidih, bolehlah masukkan bebola daging.
  • Anggaran 10-15 minit, masukkan pula kentang. Gaul sedikit (2-3 minit) sebelum padamkan api
  • Sebelum dihidang, taburkan daun sup dan bawang goreng

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN