Resepi sendiri..resepi ni saya campurkan ayam dan daging sekali, kalau tak suka boleh buat ayam/daging sahaja..ikut selera masing-masing. Sup ni agak pekat, boleh dimakan dengan nasi atau roti..(gambar dari laporan masakan).

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

0jam 0min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Sup Ayam Dan Daging Spesel

Resepi sendiri..resepi ni saya campurkan ayam dan daging sekali, kalau tak suka boleh buat ayam/daging sahaja..ikut selera masing-masing. Sup ni agak pekat, boleh dimakan dengan nasi atau roti..(gambar dari laporan masakan).

BAHAN-BAHAN

  • 4 ketul ayam – dipotong kecil
  • 300gm daging – dipotong nipis
  • 1 biji ubi kentang – dipotong dadu
  • 1/2 batang lobak merah – dipotong dadu
  • 1 biji tomato – dipotong dadu
  • 3 biji bawang merah – ditumbuk
  • 2 ulas bawang putih – ditumbuk
  • 1 batang serai – dititik
  • 2 1/2 sudu besar serbuk rempah sup
  • 1 sudu besar serbuk kurma
  • 1 inci halia – ditumbuk
  • 3 cawan air
  • Minyak secukupnya
  • Garam, serbuk perasa, daun sup dan bawang goreng untuk hiasan
CARA PENYEDIAAN
  • Panaskan minyak. Tumis serai, bawang merah, bawang putih dan halia yang ditumbuk. Masukkan rempah sup dan rempah kurma bersama sedikit air. Biar naik baunya.
  • Masukkan air. Bila mendidih, masukkan ayam dan daging dan ubi kentang, biar empuk sedikit.
  • Masukkan lobak merah dan tomato. Masukkan garam dan serbuk perasa. Biar mendidih dan pekat sedikit.
  • Bila sudah masak, taburkan daun sup dan bawang goreng. Hidangkan bersama nasi atau roti..

Sertai Kami & Kongsikan Resepi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resepi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN