Sumbat cencaru itu

…hamba ubahsuai menjadi citerase hamba untuk dikongsi jika berkenan…

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Sumbat cencaru itu

…hamba ubahsuai menjadi citerase hamba untuk dikongsi jika berkenan…

BAHAN-BAHAN

  • 4 ekor ikan cencaru belah dari belakang.
  • BAHAN2 A.(sambal)
  • 5 sudu besar cili kering yang diblender.
  • 3 sudu besar Air asam jawa yang amat pekat.
  • 5 ulas bawang merah, sedikit belacan, sedikit halia, garam dan gula.(ditumbuk lumat).
  • BAHAN2 B.(penyumbat).
  • 1 biji kelapa parut yang putih sahaja.
  • 3 sudu udang kering.
  • 3 batang serai segar.
  • 2 biji telor ayam.
  • 5 ulas bawang merah, gula, garam.
CARA PENYEDIAAN
  • Satukan bahan2 A dalam mangkok, gaul mesra dan rasa masam masin dan manisnya ikut citerase anda. Tambah tok aji jika mahu.
  • Begitu juga bahan2 B, ditumbuk lumat dahulu kemudian gaul dalam bekas lain dan rasa. Perlu ok aji? silakan.
  • Ambil 2 sudu dari sambal bahan A tadi dan gaul dengan bahan B.
  • Sapukan bahan A (sambal) didalam ikan rata2 lepas itu baru sumbat dengan bahan B. Sumbatlah sehingga ikan itu jadi gemok macam dalam gambar..hehe..
  • Panggang dalam oven sampai masak. Bolih juga digoreng dalam kuali yang bertutup supaya masak sumbatannya.
  • Jika ada lebihan bahan A dan B jangan dibuang, gaulkan sekali dan digoreng dalam kuali dengan minyak yang sedikit sehingga agak kering. Sodap tu..

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    myresipi

    Share
    Published by
    myresipi

    Recent Posts

    Nasi Ayam Hainan

    3 years ago

    Acar Sengkuang

    3 years ago

    Lemang Jagung

    3 years ago

    Ondeh- ondeh kelapa

    3 years ago

    Ayam Rendang Hitam

    3 years ago