…hamba ubahsuai menjadi citerase hamba untuk dikongsi jika berkenan…
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Resipi Ringkas
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Sumbat cencaru itu
…hamba ubahsuai menjadi citerase hamba untuk dikongsi jika berkenan…
BAHAN-BAHAN
- 4 ekor ikan cencaru belah dari belakang.
- BAHAN2 A.(sambal)
- 5 sudu besar cili kering yang diblender.
- 3 sudu besar Air asam jawa yang amat pekat.
- 5 ulas bawang merah, sedikit belacan, sedikit halia, garam dan gula.(ditumbuk lumat).
- BAHAN2 B.(penyumbat).
- 1 biji kelapa parut yang putih sahaja.
- 3 sudu udang kering.
- 3 batang serai segar.
- 2 biji telor ayam.
- 5 ulas bawang merah, gula, garam.
CARA PENYEDIAAN
- Satukan bahan2 A dalam mangkok, gaul mesra dan rasa masam masin dan manisnya ikut citerase anda. Tambah tok aji jika mahu.
- Begitu juga bahan2 B, ditumbuk lumat dahulu kemudian gaul dalam bekas lain dan rasa. Perlu ok aji? silakan.
- Ambil 2 sudu dari sambal bahan A tadi dan gaul dengan bahan B.
- Sapukan bahan A (sambal) didalam ikan rata2 lepas itu baru sumbat dengan bahan B. Sumbatlah sehingga ikan itu jadi gemok macam dalam gambar..hehe..
- Panggang dalam oven sampai masak. Bolih juga digoreng dalam kuali yang bertutup supaya masak sumbatannya.
- Jika ada lebihan bahan A dan B jangan dibuang, gaulkan sekali dan digoreng dalam kuali dengan minyak yang sedikit sehingga agak kering. Sodap tu..
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.