mempelbagaikan lg koleksi popia/ spring roll..

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

suhun spring roll

mempelbagaikan lg koleksi popia/ spring roll..

BAHAN-BAHAN

  • 250g suhun (rendam dalam air selama 20min hingga lembut)
  • 80g carrot dipotong panjang
  • 80g kobis dipotong panjang
  • 60g ayam/daging cincang
  • 20g bawang merah dihiris
  • 3 ulas bawang putih cincang
  • 1 biji telur yang sudah dipukul
  • garam
  • gula
  • serbuk lada hitam
  • 30 keping kulit popia
  • bancuhan tepung dengan sedikit air untuk dijadikan gam
  • minyak
CARA PENYEDIAAN
  • panaskan minyak dan masukkan bawang merah & bawang putih.. goreng sehingga layu..
  • masukkan ayam/daging cincang..masak sampai empuk..kemudian masukkan lobak & kobis..goreng sehingga sayur agak layu..
  • selepas itu, masukkan suhun yang sudah ditapis air..masukan kan garam,gula & lada hitam..goreng sehingga sebati,,jikalau suhun masih terasa keras, bole ditambah sedikit air..
  • buatkan lubang ditengah kuali & letakan telur yg sudah dipukul..biarkan telur separuh masak & gaul kesemua sampai sebati..tutup api & letakan inti suhun kedalam mangkuk..sejukkan inti selama 20min..
  • sediakan kulit popia..ambil sedikit inti suhun & letak diatas kulit popia..balut kemas2 & hujung nya disapu sedikit bancuhan tepung sebagai gam..ulang sehingga inti abis..
  • panaskan minyak yg banyak didalam kuali dan goreng sehingga kekuningan..
  • sedia untuk dihidang..sedap dimakan bila panas2 lagi..selamat mencuba.. ;)

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN