Manisan dibuat dengan ‘meringue’. Cantik, senang dibuat… yang baiknya tu rendah lemak. Sesuai untuk jamuan kecil di rumah atau pejabat.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

0jam 0min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Strawberry Pavlova Roll

Manisan dibuat dengan ‘meringue’. Cantik, senang dibuat… yang baiknya tu rendah lemak. Sesuai untuk jamuan kecil di rumah atau pejabat.

BAHAN-BAHAN

  • 4 biji putih telur
  • 1 sudu kecil tepung jagung
  • 1 sudu kecil krim tartar (boleh digantikan dengsn 1 sudu kecil cuka putih)
  • ½ sudu kecil esen vanila
  • ½ cawan gula halus
  • 2 sudu besar gula halus (ekstra)
  • 2 cawan yogurt strawberi (boleh juga guna krim putar)
  • 250gm strawberi, dibelah dua (saya potong kecil-kecil)
CARA PENYEDIAAN
  • Panaskan oven pada suhu 160C. Kalau oven berkipas (‘fan-forced’), 140C.
  • Gris 26cm x 32cm loyang, lapis dengan kertas masakan. Biar hujung kertas ada 5cm lebih, nanti senang nak keluarkan ‘meringue’.
  • Pukul telur, bila dah kembang masukkan gula sedikit demi sedikit, dan juga vanila, krim tartar dan tepung jagung. Rujuk resepi meringue.
  • Isikan loyang dengan ‘meringue’, ratakan permukaan nya. Bakar dalam oven selama 15 minit atau sampai permukaan nya dah perang sikit.
  • Ambil sehelai kertas masakan, taburkan gula ke atas nya. Lepas tu, terbalikkan ‘meringue’ ke atas gula. Tanggalkan kertas masakan yang di atas perlahan-lahan.
  • Biar sejuk selama 10 minit. Bubuh 1/3 yogurt ke atas ‘meringue’ dan taburkan strawberi yang dipotong. Gulungkan dari sebelah pendek dengan bantuan kertas masakan.
  • Tuang yogurt ke atas ‘meringue’ yang digulung dan hiaskan dengan strawberi. Simpan dalam peti sejuk sampai dihidangkan.
  • Note: Saya buat dgn 1 biji telur aje… nampak kecil, kalau buat dengan 4 biji telur, kena potong bila nak makan. Yogurt boleh dikurangkan kalau nak buat macam saya punya, sikit yogurt kat luar.

    Strawberry boleh diganti dgn buah lain yg disukai.

Sertai Kami & Kongsikan Resepi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resepi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN