Masakan ala chinese style

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

0jam 0min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Stir Fry Bok Choy

Masakan ala chinese style

BAHAN-BAHAN

  • 2 ikat bok choy (lebih pun boleh)
  • 4 ulas bawang putih – dihiris halus
  • 1/2 biji bawang besar kuning – dihiris
  • sedikit halia
  • sos tiram
  • garam secukup rasa
  • sedikit kiub ayam
  • sedikit minyak untuk menumis
  • tepung jagung
CARA PENYEDIAAN
  • Panaskan minyak. Tumis bawang putih dan halia hingga naik bau.
  • Masukkan bok choy. Kemudian, masukkan sos tiram secukupnya dan kacau. Letakkan sedikit air supaya tidak terlampau kering.
  • Bila bok choy sudah sedikit layu, angkat bok choy dan pindahkan ke dalam pinggan. Tinggalkan kuah di dalam kuali.
  • Tambahkan lagi 2 sudu besar sos tiram, sedikit kiub ayam dan garam secukup rasa ke dalam kuali. Masukkan air mengikut sebanyak kuah yang anda nak.
  • Masukkan hirisan bawang besar. Untuk memekatkan kuah, masukkan bancuhan tepung jagung dan masak sekejap.
  • Tuangkan kuah yang dimasak ke atas sayur yang disusun di dalam pinggan. Hidangkan.

Sertai Kami & Kongsikan Resepi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resepi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN