Mudah dan fleksibel…rasa ala-ala makanan fusion (Italian Asian).

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

0jam 0min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Spaghetti Sihat

Mudah dan fleksibel…rasa ala-ala makanan fusion (Italian Asian).

BAHAN-BAHAN

  • 500 gram spaghetti (1 paket)
  • 300 gram isi ayam, dipotong dadu (boleh tambah jika suka)
  • 1 labu bawang besar kuning – dicincang halus
  • 3 ulas bawang putih – dicincang halus
  • 1 biji lada benggala (capsicum) merah – didadu
  • 1 batang lobak merah – didadu
  • ½ tin cendawan butang – dihiris ikut suka (boleh juga guna cendawan tiram)
  • 2 biji tomato segar – dipotong enam
  • 100 gram daun parsley segar – dihiris halus bahagian daun sahaja, macam buat kerabu
  • 2 sudu besar lada hitam serbuk (yang kasar-kasar)
  • ½ sudu teh herba oregano kering (jika suka)
  • Perahan ½ biji lemon atau 2 sudu besar cuka apel (cider vinegar)
  • 1 kiub stok ayam
  • 1 cawan minyak zaitun
  • Garam secukupnya
CARA PENYEDIAAN
  • Rebus 2 liter air dalam periuk yang besar. Masukkan spaghetti apabila air mendidih dengan sedikit garam. Bila pasta lembut, angkat dan toskan.
  • Dengan menggunakan api sedang, tumis bawang besar dan bawang putih dengan minyak zaitun. Jangan ditumis garing, cukup sekadar bawang layu.
  • Masukkan daging ayam, kacau hingga nampak kesemua daging ayam telah masak.
  • Masukkan lada benggala, lobak merah dan cendawan dan tomato. Kacau rata.
  • Masukkan lada hitam, daun parsley, herba oregano (jika suka), dan taburan kiub ayam. Kacau sebentar dan tutup api.
  • Ambil spaghetti yang telah direbus tadi, masukkan dalam kuali yang dimasak ayam tadi (masih panas). Toskan hingga rata.
  • Masukkan perahan lemon atau cider vinegar, dan toskan spaghetti lagi. Perasakan garamnya, jika kurang masin, taburkan sedikit garam dan toskan lagi. Jika suka pedas, boleh tambah chilli flakes atau lebihkan lada hitam.
  • Mesti dihidang terus, panas-panas.
  • Tips :

    Minyak zaitun yang digunakan agak banyak kerana ia menjadi sos asas yang menyalut spaghetti. Minyak ini menyihatkan kerana ianya ‘monounsaturated’, dan baunya juga lebih harum.

Sertai Kami & Kongsikan Resepi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resepi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN