ilham di perantauan. tiba-tiba teringin nak makan.[gambar tak ada meatball sebab masa buat ni, tak letak meatball]

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Spaghetti Meatball

ilham di perantauan. tiba-tiba teringin nak makan.[gambar tak ada meatball sebab masa buat ni, tak letak meatball]

BAHAN-BAHAN

  • *1 paket spaghetti
  • *1 paket daging burger lembu/ayam (daging yang siap dikisar pun boleh)
  • *7-8 biji bebola daging
  • *2-3 sudu besar tomato paste
  • *1 tin cendawan
  • *1 biji tomato (dihiris nipis)
  • *1/2 biji cili hijau/merah [potong serong]
  • *1 labu bawang merah
  • *2-3 ulas bawang putih
  • *1 sudu besar serbuk lada hitam
  • * Garam & gula secukup rasa
  • *Sedikit minyak untuk menumis
  • *3-4 biji buah zaitun (dibelah dua) [optional]
CARA PENYEDIAAN
  • Didihkan air dalam periuk. Bila dah menggelegak, masukkan sedikit minyak & spaghetti. Biar sehingga spaghetti lembut. Kacau sekali-sekala.
  • Kisar/lenyekkan daging burger bersama sedikit air sehingga hancur.
  • Gorengkan bebola daging dalam kuali lain sehingga sederhana garing.
  • Panaskan periuk dan tuangkan sedikit minyak untuk menumis.
  • Bila minyak dah panas, tumiskan bawang merah & bawang putih hingga kekuningan.
  • Masukkan tomato paste. Bila sudah pecah minyak, masukkan daging burger yang dikisar & kacau rata.
  • Masukkan cendawan dan bebola daging yang sudah digoreng. Biar hingga mendidih.
  • Masukkan garam & gula secukup rasa.
  • Akhir sekali, masukkan tomato. Biarkan seketika & tutupkan api.
  • Boleh dihidangkan bersama spaghetti. Taburkan cili yang telah dipotong. Sedia untuk dimakan.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN