Masakan barat yang disesuaikan dengan citarasa Melayu

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Spaghetti Daging

Masakan barat yang disesuaikan dengan citarasa Melayu

BAHAN-BAHAN

  • Kuah Spaghetti
  • 500 g Daging cincang
  • 5 ulas bawang putih dimayang
  • 2 biji bawang besar dimayang
  • 1/2 inci halia dimayang
  • 3 camca besar cili boh (seeloknya dimesin sendiri)
  • 3 camca besar minyak zaitun
  • 1 botol kecil Sos Spaghetti Prego/Ragu
  • 400 g puri tomato
  • garam dan gula secukup rasa
  • 1 peket spaghetti, 3 camca teh minyak masak, 1 camca teh garam
  • Air masak untuk pekat atau cair kuah
CARA PENYEDIAAN
  • Di dalam periuk 3 liter, panaskan minyak zaitun, tumiskan bawang putih, besar dan halia sehingga naik bau.
  • Masukkan cili boh dan daging cincang dan ditumiskan agar separa kering dan masak.
  • Tuangkan Prego, tambahkan puri tomato dan 1 cawan air masak, kacau sebati dan biarkan mendidih. JIka suka boleh juga dimasukkan cendawan butang yang telah dihiris halus.
  • Tambahkan sekurang2nya 3 camca besar gula, 1 camca besar garam, kacau sebati dan hingga mendidih dan daging telah empuk. Selesai
  • Di dalam periuk lain didihkan air, masukkan 3 camca teh minyak masak dan garam. Setelah mendidih rebuskan spaghetti.
  • Bolehlah spaghetti dihidang dengan kuah dan dihias daun parsley. Selamat Mencuba.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN