Hidangan Sajian dari Barat, Spageti Bebola Daging mesti menyegat !!
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Barat
TAHAP KESUKARAN
Mudah
FAKTA MASAKAN
15 min
PENYEDIAAN
30 min
MASAK
6 orang
HIDANGAN
Spageti Bebola Daging
Hidangan Sajian dari Barat, Spageti Bebola Daging mesti menyegat !!
BAHAN-BAHAN
1 paket spageti (Direbus sehingga lembut)
500 g daging kisar
½ cawan tepung jagung
1 labu bawang holland (Dipotong dadu)
1 tin cendawan butang (Dihiris)
3 biji tomato (Dipotong dadu)
1 batang lobak merah (Dipotong dadu)
1 cawan sos tomato
1 sudu makan serbuk oregano
1 sudu makan serbuk lada hitam
1 biji capsicum merah (Dipotong dadu)
1 biji capsicum hijau (Dipotong dadu)
50 g daun parsli (Dicencang halus)
2 sudu makan minyak jagung
Garam secukup rasa
CARA PENYEDIAAN
Gaulkan daging kisar dengan tepung jagung. Bulatkan seperti bebola kecil. Ketepikan.
Panaskan minyak jagung dan tumiskan bawang holland sehingga naik bau.
Masukkan cendawan butang, tomato, lobak merah, sos tomato, serbuk oregano, serbuk lada hitam, dan garam. Kemudian kacau rata.
Masukkan bebola daging tadi. Kacau perlahan sehingga mendidih dan masak.
Masukkan capsicum hijau dan capsicum merah. Kacau rata sekali lagi.
Tuangkan di atas spageti. Taburkan daun parsli semasa menghidang.
Sedia dihidangkan.
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.