Resipi dari internet yang dah diubahsuai.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

0jam 0min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Sotong Goreng Tom Yam

Resipi dari internet yang dah diubahsuai.

BAHAN-BAHAN

  • 300gm / 5-6 ekor sotong sederhana besar
  • 1 labu bawang besar – mayang
  • 1 inci halia – mayang
  • 5 biji bawang putih – mayang
  • 3 batang serai – ketuk
  • Daun limau purut
  • Cili api
  • Sos tiram
  • Kunyit dan garam
  • Minyak masak
CARA PENYEDIAAN
  • Sotong dibersihkan, dipotong ikut suka kemudian diperap dengan sedikit garam dan kunyit.
  • Bawang besar, bawang putih, halia dan serai ditumis dalam kuali hingga layu dan naik bau. Masukkan sotong yang diperap tadi. Kacau sekejap, tutup kuali dan perlahankan api.
  • Setelah dibiarkan selama 3 minit, kacau lagi. masukkan daun limau purut, cili api dan sos tiram. Kacau lagi. Apabila kelihatan agak masak, bolehlah diangkat dan dihidangkan.
  • Kadang-kadang saya masukkan sayuran seperti tomato & lobak dalam masakan ini. Dan guna daun bawang untuk hiasan. Terpulang pada citarasa masing-masing.

Sertai Kami & Kongsikan Resepi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resepi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN