Mudah dan cepat

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

0jam 0min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Sotong Bakar Ringkas

Mudah dan cepat

BAHAN-BAHAN

  • 500 g sotong besar
  • 1/2 camca teh serbuk kunyit
  • Sedikit garam
  • Bahan Sambal Asam:
  • 1 inci belacan, dibakar
  • 1 batang cili merah
  • 10 – 12 biji cili padi
  • 2 biji bawang merah kecil
  • Asam jawa sebesar ibu jari, ramas dalam 3 camca besar air
  • 3 biji limau kasturi
  • Sedikit garam dan gula
CARA PENYEDIAAN
  • Sotong dibersihkan, asing kepala dan badan. Cuci bersih bahagian dalam badan sotong, kelar-kelar badan sotong tapi jangan putus. Bersihkan juga kepala sotong. Gaulkan dengan serbuk kunyit dan sedikit garam. Bakar sotong dalam oven/api arang atau pun grill. Bakar kurang lebih 5 – 8 minit pada setiap bahagian (kalau bakar lama nanti jadi “selipar jepun”—- liat).
  • Sambal Asam:- Dalam lesung batu, satukan cili merah, cili padi, garam dan belacan. Tumbuk hingga separuh lumat, masukkan bawang merah tadi dan terus menumbuk hingga agak lumat (jangan terlalu lumat). Masukkan jus asam jawa dan perasakan dengan sedikit gula. Perah jus limau kasturi hingga tahap kemasaman yang diingini. Mesti ada rasa masam, manis, pedas dan masin dalam sambal ini.
  • Bolehlah dihidangkan bersama sotong bakar tadi…

Sertai Kami & Kongsikan Resepi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resepi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN