Resipi dari kakak angkat yg biasa business soto..

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Soto Tulang

Resipi dari kakak angkat yg biasa business soto..

BAHAN-BAHAN

  • 1kg tulang lembu/kambing (boleh letak daging)- direbus
  • 1 senduk rempah soto Syarifah @ apa2 juga rempah soto pun boleh
  • Kayu manis,buah pelaga,bunga lawang
  • 1 labu bawang besar-di kisar
  • 4 ulas bawang putih- di kisar
  • Halia sebesar ibu jari- di kisar
  • 2 kiub pati ayam
  • 3 sudu sos tiram
  • 1 biji tomato
  • 1 cawan santan
  • 2 btg serai- di ketuk
  • Sedikit minyak utk menumis
  • Garam secukup rasa
  • 1 liter air- ikut suka
  • lontong @ mee hoon
  • Bahan sampingan utk hiasan: taugeh, daun sup, daun bawang, bawang goreng, kacang tanah & soon goreng..
CARA PENYEDIAAN
  • Rebus tulang..
  • Tumis kayu manis,bunga lawang & buah pelaga..masukkan bahan2 yg dikisar, serai & rempah soto Syarifah..
  • Setelah naik minyak masukkan sos tiram, tomato,kuib pati ayam,garam dan masukkan tulang yg di rebus bersama air rebusannya sekali..
  • Setelah mendidih.. masukkan santan dan didihkan lagi..
  • Hidangkan bersama sambal kicap & begedil.. Selamat mencuba ^ _^

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN