Boleh tukar dengan ketam juga..

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Siput Sedut Masak Lemak Cili Padi

Boleh tukar dengan ketam juga..

BAHAN-BAHAN

  • 800gm/ sekilo siput sedut (basuh & buang hujungnya)
  • 3 ulas bawang merah *
  • 2 ulas bawah putih *
  • 1 inci kunyit *
  • 5 biji cili padi (ikut suka) *
  • 1 mangkuk santan
  • 1 kiub pati ikan bilis
  • 1 keping asam gelugor
  • 1 batang serai diketuk
  • sehelai daun kunyit (hiris nipis)
  • garam secukupnya
CARA PENYEDIAAN
  • Masukkan siput yang sudah dibersihkan & dibuang hujungnya ke dlm periuk dan tuangkan santan.
  • Tumbuk lumat bahan2 yang ditanda * dan masukkan ke dlm periuk tadi.
  • Masukkan juga kiub ikan bilis & serai. Kemudian masak dengan menggunakan api sederhana supaya santan tidak pecah minyak.
  • Sentiasa kacau perlahan supaya santan tidak berketul. Setelah hampir 5 minit masukkan asam keping & perasakan kuah garam secukupnya.
  • Masak lagi selama 2 minit kemudian tutup api & taburkan daun kunyit. Sedia utk dihidang..
  • Nota: boleh gantikan kunyit dengan cekur/cengkur.. begitu juga dgn daunnya..

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN