Lain sedikit daripada ayam masak lemak cili api. Ni gaya mama saya (orang kelantan) buat. :)

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Siput Sedut Masak Lemak Cili Api

Lain sedikit daripada ayam masak lemak cili api. Ni gaya mama saya (orang kelantan) buat. :)

BAHAN-BAHAN

  • 1 kg siput sedut dipotong hujungnya dan dibersihkan. (Kalau geli siang masa siput tu bergerak, masukkan dalam freezer dulu)
  • 4 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci kunyit hidup
  • 1 inci lengkuas
  • 15-20 cili padi (ikut tahap kepedasan kesukaan masing-masing)
  • 1 pokok / beberapa tangkai daun kesum
  • 1 batang serai
  • 1 keping asam gelugor
  • 1-2 lada besar
  • 1 plastik kecil santan segar pekat / 1 kotak kecil santan instant
  • Sedikit garam dan gula
CARA PENYEDIAAN
  • Kisar bawang merah, bawang putih, kunyit, lengkuas dan cili padi sampai hancur.
  • Tumiskan bahan yang dikisar tadi dengan sebatang serai yang ditumbuk sikit di pangkalnya sampai naik bau.
  • Masukkan campuran air dan santan.
  • Tambahkan asam gelugor dan sesudu kecil gula dan garam. Jangan letak garam banyak-banyak dulu.
  • Biar sampai kuah menggelegak. Masukkan kesemua siput sedut.
  • Panaskan sampai santan agak pekat.
  • Bila agak-agak macam dah nak siap dan siput dah masak, tambahkan daun kesum biar wangi. Kalau terlampau banyak nanti pahit pulak.
  • Tambah jugak lada besar yang dibelah dua memanjang.
  • Adjust garam dan gula. Kalau tak kisah, sprinkle kan sikit Ajinomoto, tapi jangan banyak-banyak ye. :P
  • Nota kaki: Walaaa! Dah siap. Jangan risau siput ni tak ambil masa yang lama untuk masak. Kalau masukkan siput dalam keadaan kuah dah gelegak, 5-10 minit dah masak. Cuma kena fokus more on kuah, jangan terlalu cair. Good Luck! :)

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN