Simple Lasagna Daging

Resepi mudah untuk penggemar western sos spagheti. Sesuai untuk snack makan malam, pengganti nasi :D

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Simple Lasagna Daging

Resepi mudah untuk penggemar western sos spagheti. Sesuai untuk snack makan malam, pengganti nasi :D

BAHAN-BAHAN

  • Bahan-bahan untuk sos spagheti
  • – 1 Biji bawang besar (dipotong halus)
  • – 2 ulas bawang putih (dipotong halus)
  • – 2 sudu cili boh / cili giling
  • – 5 sudu sos spagheti
  • – Sedikit daging kisar (minced beef)
  • – 2 sudu pes tomato
  • – Gula & Garam
  • Bahan-bahan untuk lasagna

  • – 12 keping roti
  • – 8 keping keju
CARA PENYEDIAAN
  • Penyediaan sos spagheti.

    Panaskan sedikit minyak di atas kuali dan tumiskan bawang besar dan bawang putih sehingga kekuningan.

  • Setelah itu, masukkan lada boh dan teruskan menumis sehingga lada masak dan pecah minyak.
  • Tambahkan 2 cawan air dan kemudian, masukkan sos spagheti, pes tomato dan daging kisar ke dalam masakan. Teruskan menumis.
  • Tambahkan gula dan garam sehingga dapat rasa yang diinginkan. Bolehlah mula merasa.
  • Sekiranya ingin lebih pekat, boleh potong-potongkan 1 keping keju dan tambahkan ke dalam sos. Siap!!
  • Ambil sekeping roti dan lenyekkan sedikit sehingga agak nipis. Letakkan sos spagheti tadi di atas kepingan roti tadi. Kemudian, letakkan pula sekeping keju di atasnya.
  • Kemudian, letakkan sekeping roti lagi di atasnya. Ulang langkah 6. ( 2 lapis lasagna)
  • Bakar dalam oven dalam suhu ~150 degC selama ~ 10 minit. Siap untuk dihidang panas-panas.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    myresipi

    Share
    Published by
    myresipi

    Recent Posts

    Nasi Ayam Hainan

    4 years ago

    Acar Sengkuang

    4 years ago

    Lemang Jagung

    4 years ago

    Ondeh- ondeh kelapa

    4 years ago

    Ayam Rendang Hitam

    4 years ago