Ubahsuai daripada pelbagai sumber…
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Nusantara
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Serunding Ayam Lebaran
Ubahsuai daripada pelbagai sumber…
BAHAN-BAHAN
- Satu kilo isi ayam yang telah direbus dan dicarik2(saya menggunakan ayam yang dikitar semula)
- 1 cawan santan pekat(kalau nak masukkan lebih sikit pun tak mengapa,ikut citarasa masing2)
- 2 paket kecil kerisik
- 2 helai daun kunyit,diracik halus
- garam dan gula secukup rasa
- *30 tangkai cili kering
- *2 cm halia
- *1 inci lengkuas
- *4 batang serai
- *10 biji bawang merah(saya guna 2 biji bawang besar)
- *6 ulas bawang putih
CARA PENYEDIAAN
- Kisar halus bahan-bahan bertanda*,kemudian masukkan dalam kuali bersama dengan isi ayam tadi.(jangan guna air yang terlalu banyak semasa mengisar bahan2 tersebut,cukup sekadar untuk melembabkan isi ayam sahaja)Masak selama 10 minit.
- Masukkan santan,kerisik,daun kunyit,garam dan gula secukup rasa.Kacau sebati.
- Masak hingga betul-betul kering sambil dikacau selalu supaya tidak hangus.
- Serunding ini sudah sedia untuk di makan.Selamat mencuba!
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.