Ala2 Sepherd Pie kat Secret Recipe. Resepi dari Hanieliza yang popular tu, dapat kat internet gak. Dah byk kali buat. Ada sket2 saya dah ubah suai untuk memudahkan diri saya…

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Sepherd Pie

Ala2 Sepherd Pie kat Secret Recipe. Resepi dari Hanieliza yang popular tu, dapat kat internet gak. Dah byk kali buat. Ada sket2 saya dah ubah suai untuk memudahkan diri saya…

BAHAN-BAHAN

  • 500 gm daging/ayam kisar Ramly
  • 2 labu bawang besar (potong dadu)
  • 2 biji bawang putih (cincang halus)
  • 1 tin cendawan butang (di belah 6)
  • 3 biji buah tomato saiz sederhana (potong dadu)
  • secawan sayur campur (mix vege)
  • 1 pokok daun sup (potong dalam 1/2 inci)
  • 1 s/b tepung jagung
  • 1 cawan air (utk bancuh tepung jagung)
  • 2 ketul kiub stok daging/ayam
  • garam secukup rasa
  • lada hitam secukup rasa
  • Bahan untuk Kentang
  • 1 kg kentang (potong dadu)
  • 1/2 cawan susu segar
  • 2 s/b mentega
  • garam & lada sulah secukup rasa
  • Air untuk merebus kentang secukupnya
CARA PENYEDIAAN
  • Panaskan minyak, tumis bawang besar dan bawang putih hingga wangi
  • Masukkan daging kisar dan cendawan. Kacau rata sehingga daging agak masak
  • Setelah daging agak masak, masukkan tomato & mix vege
  • bila kelihatan mendidih, baru masukkan bancuhan tepung jagung & kacau sampai masak.
  • Sementara kita masak inti, rebus kentang sampai air rebusannya kering
  • Lenyekkan kentang & gaul dengan susu segar, lada sulah & mentega
  • Masukkan sikit kentang lenyek dalam mangkuk aluminium/piring pie
  • masukkan inti & tutup lagi dengan kentang lenyek
  • Bakar dalam oven yang telah dipanaskan 180’C selama 5 minit (cukup sekadar utk membrownkan sket kentang tu)
  • Bila dah siap, boleh la dihidangkan. Akak suka panas2…. hidangkan plak ngan mushroom soup… perghhh… mmg beshhh… :)

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN