resepi daripada Rachel Allen, sesuai utk breakfast dan minum petang.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Scones

resepi daripada Rachel Allen, sesuai utk breakfast dan minum petang.

BAHAN-BAHAN

  • 500g tepung gandum *diayak
  • 1sk soda bikarbonat *diayak
  • 2sk cream of tartar *diayak
  • 1sk garam
  • 125g mentega (yang masih sejuk, dipotong kiub)
  • 25g gula caster
  • 1biji telur
  • 275ml buttermilk (saya beli di cold storage jenama pauls, guna fresh milk pun blh)
  • 50g gula caster (optional)
CARA PENYEDIAAN
  • Panaskan oven pada suhu 220C.
  • Campurkan tepung, soda bikarbonat, cream of tartar dan garam dalam satu mangkuk.
  • Masukkan mentega dan gaul sehingga jadi seperti bread crumbs. Masukkan gula dan gaul sebati.
  • Ketepikan 1/3 telur untuk diglis pada permukaan roti dan selebihnya dicampur bersama buttermilk/fresh milk. Tuangkan ke dalam tepung tadi dan gaul.
  • Uli sedikit di atas permukaan yang lightly floured. Jangan uli lama. Sekadar untuk satukan semua bahan sehingga menjadi doh yang lembut.
  • Canaikan sehingga menjadi setebal 2cm. Terap guna acuan bulat.
  • Lebihan telur tadi dicampurkan dengan sedikit susu dan digliskan pada permukaan scone.
  • Tabur sedikit gula di atas permukaan scone dan bakar selama 10-12 minit.
  • Hidangkan dengan jem dan whipped cream.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN