Selalu juga masak makan dengan teman serumah sewaktu belajar di kampus.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Sayur Kacang Panjang Tumis Ikan Bilis

Selalu juga masak makan dengan teman serumah sewaktu belajar di kampus.

BAHAN-BAHAN

  • Kacang panjang – 1 ikat (dalam 10 batang)
  • Bawang merah – 5 ulas kalau guna bawang kecil, 1 1/2 ulas kalau guna bawang besar
  • Bawang putih – 2 ulas
  • Ikan bilis – 1 genggam (dalam 20-30 ekor)
  • Belacan (jika suka)
  • Garam dan gula
  • Cili boh – 3 sudu besar (yang ini sebab malas nak kisar sendiri)
CARA PENYEDIAAN
  • Potong kacang panjang secara menyerong atau patah-patah saja guna jari. Ambil seulas bawang merah kecil (atau 1/2 bawang besar) dihiris kasar.
  • Tumbuk bawang merah dan bawang putih sampai lumat. Masukkan belacan kalau suka.
  • Masukkan cili boh dan ikan bilis. Sambung tumbuk lagi tapi tak perlulah lumat sangat.
  • Panaskan sedikit minyak untuk menggoreng. Tumis hirisan bawang. Kemudian masukkan bahan yang ditumbuk tadi, tumis sampai garing sedikit.
  • Masukkan kacang panjang yang telah dibasuh. Masukkan sedikit air bagi ada kuah sikit. Perasakan dengan garam dan gula. Agak-agak kacang dah separuh masak, boleh angkat.
  • Kalau suka, pecahkan sebiji telur dan gaul rata, tunggu sampai telur masak dah boleh angkat.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN