satar ikan

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Satar ikan

satar ikan

BAHAN-BAHAN

  • 400 g isi ikan Tenggiri atau lain
    (dibuang kulit & tulang)
  • 100 ml air asam jawa (dari 1 camt asam jawa)
  • 8 biji buah keras
  • 2 cm halia, dicincang halus
  • 3 biji bawang merah, dihiris
  • 1 ulas bawang putih, dicincang
  • 150 g kelapa parut putih
  • garam
  • 1/2 camca gula
  • 1 camt belacan
  • 2-3 biji lada merah, dicincang
  • 1-2 camt serbuk lada
  • 1 helai daun salam, dimayang
  • 1 helai daun kunyit, dimayang
  • Daun pisang, dipotong empat segi 20 cm, dilayur
  • Batang buluh halus sepanjang 30 cm (5-6)
CARA PENYEDIAAN
  • Rebus isi ikan hingga masak, angkat dan hancurkan.
    Campur dengan semua bahan.
  • Bentukan daun pisang seperti kon, isikan dengan 2-3 camca campuran ikan.
  • Bungkus kemas dan cucuk dari bahagian bawah dengan buluh.
  • Untuk setiap batang buluh, cucuk 4-5 bungkus satar.
    Bakar di atas bara api hingga keperangan (seperti pulut udang).
  • Masa membakarnya, harus bijak dan api jangan terlalu kuat dikhuatiri daunnya hangus dan menjadikan satar tidak enak.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN