resipi ni dapat masa Persatuan Puteri Islam SK Kbg Kerian KB, terima kasih cikgu!

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Sandwich Pelangi

resipi ni dapat masa Persatuan Puteri Islam SK Kbg Kerian KB, terima kasih cikgu!

BAHAN-BAHAN

  • 1 bungkus roti Gardenia dibuang kulit tepi
  • 1 tin kecil sardin dihancurkan
  • 2 biji bawang merah dimayang
  • 1 biji limau nipis diambil jusnya
  • 1 biji tomato dihiris nipis
  • 2 biji cili padi dihiris nipis
  • 1 batang timun dihiris nipis
  • 2 helai daun salad dihiris
  • 3 camb. mayonis
  • 3 biji telur rebus dihancurkan
  • mentega disapu pada roti
  • Garam secukup rasa
CARA PENYEDIAAN
  • Roti disapu dengan mentega.
  • Sardin, bawang merah, limau nipis, tomato, cili padi dan garam digaul sehingga sebati di dalam mangkuk.
  • Mayonis dicampur dengan telur di dalam mangkuk yang berasingan
  • Ambil sekeping roti susun timun dan salad (warna hijau) dan letakkan sekeping lagi roti yang disapu bahan sardin (warna merah), dan lapisan atas disapu bahan mayonis (warna kuning).
  • Potong kepada 4 bahagian dan sedia dihidang.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN