emm.. mkn ngan nasi lemak pun sedap..
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Resipi Ringkas
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Sambal sotong kering
emm.. mkn ngan nasi lemak pun sedap..
BAHAN-BAHAN
- 3 ekor sotong kering
- segenggam kacang tanah
semangkuk kecil air asam jawa
- Bahan A:
5 sudu besar ciliboh yang dikisar bersama seulas bawang putih, 1/2 labu bawang besar dan sedikit belacan.
CARA PENYEDIAAN
- Panaskan sedikit minyak dan tumiskan beberapa potong bawang besar.
- Setelah tumisan bawang itu keperangan masukkan pula bahan A tadi dan masak sehingga cili benar2 garing.
- Selepas itu sotong kering yang telah direndam semalaman dipotong kecil2 dan dimasukkan ke dalam tumisan cili yang telah garing tadi.
- Biarkan sotong itu seketika sehingga ia sudah lembut kemudian ditambah pula air asam jawa dan kacau sehingga kuah agak pekat.
- Sementara menunggu anda bolehlah menggoreng kacang tanah tadi tanpa sedikit minyak pun dan di tumbuk kasar2 dan seterusnya di masukkan ke dalam sambal sotong tadi.
- Masukkan sedikit garam dan gula mengikut citarasa anda.siap.. Selamat mencuba
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.