wuihhh.. den bukan po ni hah… toghingat lah kek uwan den kalau musim2 oghang kawin kek kampung den dulu… dio musti masak samba santan ni cocah lak hah ngan pulut putih atau pulut kuning… Hallamak!!!!! moleleh lak liur den… JOM, kito cubo buek….

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

SAMBAL SANTAN

wuihhh.. den bukan po ni hah… toghingat lah kek uwan den kalau musim2 oghang kawin kek kampung den dulu… dio musti masak samba santan ni cocah lak hah ngan pulut putih atau pulut kuning… Hallamak!!!!! moleleh lak liur den… JOM, kito cubo buek….

BAHAN-BAHAN

  • 1 mangkuk kecil ikan bilis putih
  • 2 bj tomato dicincang
  • 1 ruas petai, ulas petainya dibelah 2
  • 125 ml santan (jgn terlalu pekat)
  • 7 sdm cili giling
  • 8 biji bawang merah (dihaluskan)
  • 1/2 sdt belacan yang disangrai
  • 1 batang serai yang dimemar
  • 1/2 inci halia yang dimemar
  • 1/2 inci lengkuas yang dimemar
  • Gula dan garam secukupnya
  • Minyak untuk menggoreng
CARA PENYEDIAAN
  • Panaskan minyak, goreng ikan bilis putih sampai garing, ketepikan.
  • Dengan 3 sdm makan minyak bekas goreng ikan bilis tadi, tumis bahan2 yang telah dihaluskan dan yang dimemar, masukkan tomato dan gaul sebati sampai naik bau.
  • Kemudian masukan petai dan santan, gaul rata.
  • Masak masak sampai santannya sedikit pekat, kemudian terakhir masukkan ikan bilis putih yg telah siap digoreng tadi. Siap!!!!

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN