best makan dgn nasi lemak…

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

? Sambal Nasi Lemak ?

best makan dgn nasi lemak…

BAHAN-BAHAN

  • 1kg udang ATAU 5-6 biji telur rebus
  • 90-100gm cili kering (direndam dlm air panas sehingga kembang)
  • 2 biji bawang sederhana besar
  • 5-6 biji bawang putih
  • 1-2 asam keping (direndam sehingga kembang)
  • Gula melaka sepanjang satu jari
  • Garam untuk perasa
  • Sedikit belacan (jika suka)
CARA PENYEDIAAN
  • Jika mengguna udang, bersihkan udang terlebih dahulu. Buangkan misai dan kaki udang. Jgn buang kepala sbb nanti manis udang akan hilang.
  • Blender cili kering, bawang dan belacan (jika gunakan). Tumis bahan ini hingga naik bau. Masukkan gula melaka dan asam keping. Masukkan sedikit air jika sambal terlalu kering.
  • Taburkan sedikit garam dan kacau. Bila gula melaka hampir cair kesemuanya, cuba rasa sambal. Bila rasa sudah cukup.. ada rasa pedas-masam-manis gitu (dan tk terlalu masin), buang gula melaka yg belen sebelum ia cair kesemuanya (jika ada) dan asam keping.
  • Jika menggunakan udang, masukkan udang. Biarkan udang masak sambil kacau sekali sekala supaya sambal tidak hanggus. Jika menggunakan telur rebus, masukkan telur rebus dan gaulkan telur ke dalam sambal. Tutup api dan siap disediakan. Sedap dihidangkan bersama nasi lemak. Makan dgn roti pun best! Selamat Mencuba!

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN