Bagaimana cara nak masak Sambal Hijau Ikan Tenggiri?

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Sambal Hijau Ikan Tenggiri

Bagaimana cara nak masak Sambal Hijau Ikan Tenggiri?

BAHAN-BAHAN

  • 2 keping ikan tenggiri 
  • 15 biji cili api 
  • 5 biji cili hijau 
  • 1 labu bawang besar 
  • 2 ulas bawang putih 
  • ½ sudu teh belacan 
    (Semua cili api, cili hijau, bawang besar, bawang putih & belacan dikisar kasar)
  • 1 labu bawang besar (Dihiris kasar)
  • 2 biji cili hijau (Dihiris kasar)
  • 3 biji limau kesturi (Diambil jusnya) 
  • 1 sudu teh serbuk kunyit 
  • 1 cawan minyak masak
CARA PENYEDIAAN
    1. Sapukan ikan tenggiri dengan garam dan kunyit. 
    2. Panaskan minyak masak di dalam kuali dan gorengkan ikan sehingga 
      garing. Ketepikan. 
    3. Asingkan separuh minyak tadi dan tumiskan bahan yang dikisar 
      sehingga wangi dan pecah minyak. 
    4. Masukkan ikan yang sudah digoreng, bawang besar dan cili 
      hijau. Kacau rata. 
    5. Padamkan api dan tuangkan jus limau kesturi. Kacau rata lagi.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN