masakan melayu

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Sambal Goreng Paru

masakan melayu

BAHAN-BAHAN

  • 2 keping tempe *
  • 1 biji kentang *
  • 300g paru (direbus sampai empuk & dipotong memanjang)
  • 2 ulas bawang putih (mayang halus)
  • 1 biji bawang merah (mayang halus)
  • 1/2 cawan santan pekat
  • 1/2 cawan air
  • 1 sudu besar air asam jawa
  • Garam & Gula secukup rasa
  • Sedikit Soon & Tahu Kering (direndam)
  • 1 sudu besar lada kisar
  • 2 sudu besar kicap manis
  • 1 sudu kecil pati ikan bilis
CARA PENYEDIAAN
  • Bahan yang bertanda * dipotong memanjang dan digoreng dan ketepikan.
  • Tumis bawang putih dan bawang merah hingga naik bau dan masukkan lada yang telah dikisar dan tumis hingga masak.
  • Masukkan garam, gula, pati ikan bilis, air asam, santan, air, kicap dan masak hingga mendidih.
  • Masukkan pula paru, kentang, tempe dan tahu kering dikacau rata dan masak hingga hampir-hampir kering.
  • Akhir sekali masukkan soon dan kacau rata, apabila dah kering matikan api dan boleh dihidangkan dengan nasi putih.
  • **note: goreng tempe jgn terlalu kering nanti keras

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN