Menu pembuka selera

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Sambal Goreng Ikan Bilis

Menu pembuka selera

BAHAN-BAHAN

  • 1 mangkuk (60g) ikan bilis yang telah dibersihkan.
  • 1 biji kentang dipotong nipis.
  • Segenggam cili padi.
  • 1 biji bawang besar di potong memanjang.
  • sekeping tempe dipotong nipis-nipis.
  • Sedikit sohoon direndam.
  • Kicap pekat manis secukupnya.
  • Minyak masak secukupnya untuk menggoreng dan menumis.
CARA PENYEDIAAN
  • Panaskan minyak. Goreng kentang kekuningan. Ikan bilis dan tempe sehingga garing . Ketepikan(Goreng berasingan tapi dengan minyak yang sama).
  • Dalam kuali lain panaskan minyak untuk menumis.
  • Tumis bawang besar sehingga naik bau. Masukkan cili padi, sohoon kacau rata.
  • Masukkan semua bahan yang telah digoreng tadi kedalam kuali tumisan dan tambahkan kicap sesedap rasa.
  • Enak dimakan bersama nasi panas.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN