Resepi orang jawa. Senang dan cepat dibuat. Resepi ini masih terbuka untuk ditambah/dikurang mengikut kreativiti masing-masing. Boleh dimakan dengan ulam, lauk dan sebagainya.
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Nusantara
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Sambal Belacan Power
Resepi orang jawa. Senang dan cepat dibuat. Resepi ini masih terbuka untuk ditambah/dikurang mengikut kreativiti masing-masing. Boleh dimakan dengan ulam, lauk dan sebagainya.
BAHAN-BAHAN
- 2 biji lada merah besar (dibuang bijinya)
- 2 biji cili padi merah (dibuang bijinya)
- 2 inci belacan
- 1 sudu besar ikan bilis
- 2 biji bawang merah (dihiris)
- Garam dan gula secukup rasa
- 1 biji limau kasturi
CARA PENYEDIAAN
- Goreng belacan, ikan bilis dan bawang merah menggunakan sedikit minyak sahaja. Goreng sehingga keperangan
- Tumbuk lada merah dan cilipadi bersama garam dan gula sehingga agak lumat.
- Masukkan bahan yang digoreng dan sambung tumbuk sehingga lumat
- Hidangkan bersama perahan limau kasturi
- *Jika suka pedas, tambahkan cili padi. Kesedapan sambal bergantung kepada jenis belacan. Pilih belacan yang paling sedap dan original(bukan dari kilang), seeloknya belacan kampung iaitu belacan gred 1 warna putih yang menggunakan udang putih.
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.