salad menyegarkan,sesuai bagi yang menjaga badan.sedap dimakan begitu sahaja atau dengan nasi
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Nusantara
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Salad Ayam & Sayur Ala Thai
salad menyegarkan,sesuai bagi yang menjaga badan.sedap dimakan begitu sahaja atau dengan nasi
BAHAN-BAHAN
- 400g isi ayam bahagian dada
- 1 cwn air
- 1/2inci halia dihiris
- 2 batang serai,dihiris(bahagian putih je)
- 2 sudu besar sos ikan
- 250g broccoli
- 5 biji putik jagung
- sepeket kacang peas (snow peas)
- 1 biji capsicum merah,dihiris memanjang
- 3helai daun bawang dihiris memanjang
- 1/2 cwn sos cili thai
- 2 sudu besar honey atau 2 sudu besar gula melaka
- 2 sudu besar air limau nipis
- 2 sudu kecil parutan kulit limau nipis
- 1/4 cwn daun ketumbar,dihiris kasar
CARA PENYEDIAAN
- Hiris nipis dada ayam
- Masukkan air, halia, serai, dan sos ikan dalam periuk kecil dan didihkan seketika kemudian biarkan api sederhana dan kacau selama 5 minit
- Campurkan isi ayam yang telah dihiris ke dalam periuk,dan masak selama 5 minit sambil dikacau.Toskan airnya dan biarkan isi ayam sejuk.Buangkan air yang ditoskan tadi
- Didihkan air dalam periuk besar,dan masukkan broccoli,putik jagung,kacang peas,capsicum dan daun bawang selama 2 minit.Toskan cecepat dan rendamkan sayuran ini dalam air berais.Toskan lagi.
Proses ini dipanggil blanching,supaya sayur kekal rangup. - Dalam mangkuk,satukan sos cili thai,honey,air limau nipis dan parutan kulit limau dan kacau sebati.
Atur sayur dan ayam tadi dalam pinggan besar.Tuangkan sos dan gaulkan pelahan2.Hiaskan dengan hirisan daun ketumbar
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.