Sesuai sebagai hidangan minum petang. Resipi roti telah diubah suai dari majalah..sup krim pula olahan sendiri.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Roti World

Sesuai sebagai hidangan minum petang. Resipi roti telah diubah suai dari majalah..sup krim pula olahan sendiri.

BAHAN-BAHAN

  • Untuk roti:
  • 170ml air suam
  • 250gm tepung berprotein tinggi (2 cawan)
  • 65gm tepung gandum (1/2 cawan)
  • 2 sudu besar lemak sayur
  • 3 sudu teh gula
  • 1/2 sudu teh garam
  • 2 sudu besar susu tepung
  • 1 1/2 sudu teh yis segera
  • *semua sukatan diparas
  • Untuk sup krim ayam:
  • 1 biji bawang besar dimayang
  • 3 ulas bawang putih diketuk
  • 100gm ayam dicincang
  • 250ml susu penuh krim
  • 2 sudu besar tepung jagung + 1 cawan air
  • Sedikit herba Itali, lada sulah dan garam secukup rasa
CARA PENYEDIAAN
  • Cara buat roti: masukkan semua bahan dalam mesin pembuat roti, pilih tetapan doh. Boleh juga diuli dengan tangan.
  • Keluarkan doh dari mesin, bahagi kepada 2. Setiap bahagian lebih kurang 200gm. Bentukkan bulat dan letak dalam dulang pembakar yang disapu marjerin. Biar doh naik selama 40 minit.
  • Doh yang naik menyebabkan bentuk bulat jadi leper. Bentukkan jadi bulat semula, bakar dalam oven yang dah dipanaskan pada suhu 160 darjah selama 30 minit atau hingga luar kulit roti jadi coklat.
  • Potong bahagian atas roti dengan pisau.
  • Korek bahagian dalam roti. Jangan sampai tembus ke bawah. Isi roti ni boleh guna untuk cicah dengan sup.
  • Cara menyediakan sup krim ayam: tumis bawang putih dan bawang besar hingga naik bau. Masukkan ayam cincang, tunggu hingga ayam masak. Masukkan herba Itali, lada sulah dan garam.
  • Masukkan susu dan bancuhan tepung jagung. Masak hingga mendidih. Tutup api.
  • Kisar dalam pengisar.
  • Tuang sup ke dalam roti. Lebih sedap jika masukkan sup krim yang masih panas. Hidangkan segera.

Sertai Kami & Kongsikan Resepi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resepi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN