Selera keluarga yang senang dan cepat

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Roti Sandwic Mesra

Selera keluarga yang senang dan cepat

BAHAN-BAHAN

  • Bahan A (Inti sandwic )
  • 1 tin sardin (saiz susu cair)
  • 1 biji bawang besar ( potong dadu )
  • 2 biji lada merah ( potong dadu @ ikut suka)
  • 2 biji bawang putih ( cincang kecil-kecil)
  • Kicap pekat manis secukup rasa
  • 1biji limau kasturi ( ambil airnya )
  • 1 biji tomato (potong dadu )
  • 1 buku roti sandwic (saiz besar )
  • 1 biji timun (potong nipis)
  • Majerin lembut untuk sapuan pada roti
  • Sedikit minyak untuk menumis
CARA PENYEDIAAN
  • Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih,bawang merah hingga naik bau.
  • Masukkan lada merah diikuti sardin, tomato, kicap, air limau.
  • Sambil mengacau hancurkan sardin.
  • Kacau sehingga agak kering.
  • Sapu roti dengan majerin dan bubuh inti sandwic rata dan letak timun atasnya. Kemudian tutup dengan sekeping roti . Buat tiga keping roti.
  • Potong serong roti dan bolehlah di hidang sebagai minum pagi yang mengenyangkan.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN