Roti ni sesuai untuk breakfast atau minum petang. Sekiranya malas untuk membuat kentang lecek, beli sahaja mashed potato kat KFC.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Roti Paratha Kentang

Roti ni sesuai untuk breakfast atau minum petang. Sekiranya malas untuk membuat kentang lecek, beli sahaja mashed potato kat KFC.

BAHAN-BAHAN

  • 1 1/2 cawan tepung
  • 3/4 cawan air
  • 1 sudu teh garam
  • 1 biji kentang (russet potato direbus dan dilenyek)
  • segenggam daun ketumbar dicincang halus
  • 1 sudu teh jintan
  • 1 sudu teh serbuk ketumbar (coriander powder)
  • garam dan lada hitam secukup rasa
  • Minyak zaitun
CARA PENYEDIAAN
  • Masukkan tepung, garam, dan satu sudu besar minyak zaitun ke dalam mangkuk. Masukkan air sedikit demi sedikit sehingga adunan menjadi doh lembut dan boleh diuli. Uli sekejap dan bahagikan kepada 6 ketul.
  • Didalam bekas lain, campurkan kentang lenyek, daun ketumbar, jintan, serbuk ketumbar, garam, dan lada hitam. Kacau sebati dan bahagikan kepada 6 bahagian.
  • Canai dough dan bungkuskan inti kentang dan balut macam pau. Ketepikan dough selama lebih kurang 5 minit.
  • Panaskan kuali leper dan masukkan 1 sudu teh minyak zaitun. Canaikan dough tadi ikut ketebalan yang disukai dan gorengkan setelah minyak panas. Goreng setiap belah sehingga garing. Masukkan satu sudu kecil minyak zaitun setiap kali menggoreng roti baru.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN