Teringat zaman undergrade dulu.. member ajak mkn kat chapati razak di Kajang, tmpt yg sentiasa ramai sgt customer, berjam2 tunggu pun sanggup.my mum try test buat cara sendiri.. waa.. sedap lg pada yg dibeli..after that, kami tidak lagi ke chapati razak… buat sendiri lerrrr…

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Roti Naan (tempayan) @ naan cheese

Teringat zaman undergrade dulu.. member ajak mkn kat chapati razak di Kajang, tmpt yg sentiasa ramai sgt customer, berjam2 tunggu pun sanggup.my mum try test buat cara sendiri.. waa.. sedap lg pada yg dibeli..after that, kami tidak lagi ke chapati razak… buat sendiri lerrrr…

BAHAN-BAHAN

  • 750 g tepung gandum
  • 250 g tepung naik sendiri
  • 250ml plain yogurt (low fat pun boleh)
  • 1 sudu serbuk yeast ( rendam dlm secawan air suam)
  • 2 sudu butter (olive oil lg sedap)
  • 2 sudu gula
  • sedikit garam
  • – untuk naan cheese
  • Grated cheese
  • gula
CARA PENYEDIAAN
  • Rendam terlebih dulu yis didalam cawan berisi air suam2 kuku. Tunggu sehingga yis timbul.
  • Sementara itu, di dalam mangkuk berasingan. campurkan tepung gandum, tepung naik sendiri, gula garam dan butter dan digaul rata.
  • masukkan yeast dan yogurt, uli sehingga sebati dan lembut, masukkan air sedikit demi sedikit jika perlu (if adunan terlalu kering)
  • uli sehingga agak lembut, dan bulat2kan untuk diperam seketika ( sampai kembang dan gebu)
  • canai leper, dan bakar atas kuali (prefferable non stick pan) leper tanpa minyak, api kecik, tunggu sampai kembong2 seperti dlm gambar, baru terbalikkan
  • utk Naan cheese:
  • setelah canai leper, taburkan cheese dan gula
  • canai another naan and tindihkan dan canai semula
  • note: –
  • apabila mencanai leper jgn terlalu nipis, sedang2 – apabila bakar biasanya ia akan mengelembung, pastikan api kecik, dan terbalik2kan naan jika perlu – plain Naan: sedap dimakan bersama kari, dalca, sambal tumis, yogurtmint dan macam2 lagi – Naan cheese: sedap dimakan begitu saja…bebudak mesti suka, ada jugak yg gantikan cheese dgn butter, coklat spread, dll

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN