resepi old school (lama) dari arwah mak saya. sebak hati bila saya buat. teringat kan arwah mak. dia selalu buat nie untuk saya. mesti cuba tau. sedap!!

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Pencuci Mulut / Minuman

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Roti Kukus Pandan – Old School Style

resepi old school (lama) dari arwah mak saya. sebak hati bila saya buat. teringat kan arwah mak. dia selalu buat nie untuk saya. mesti cuba tau. sedap!!

BAHAN-BAHAN

  • 1 buku roti
  • 2 cawan air pandan (Kalau takde, guna pewarna hijau tapi tak wangi la or guna pandan paste)
  • 1 cawan gula pasir
  • 5 biji telur ayam (size kecil. Kalau size sedang tu, pakai 3 atau 4 pun cukup)
  • 300 gram santan
  • Sedikit garam untuk kasi rasa lemak
CARA PENYEDIAAN
  • Tumbuk / blend daun pandan untuk mendapatkan jusnya.
  • Tapiskan air daun pandan itu dan letakkan ke tepi.
  • Dalam satu bekas , pukul gula dan telur hingga sedikit kembang.
  • Kemudian masukkan air pandan tadi. or pandan paste yg dicampur ngan air.
  • Masukkan santan dan kacau likatan ini hingga sebati. Jangan lupa masukkan sedikit garam
  • Masukkan roti-roti kita ke dalam likatan cecair ini dan rendamkannya hingga meresap jauh ke dalam badan roti.
  • Angkat roti itu satu persatu dan susun ke dalam sebuah loyang. Susunlah ikut suka hati . kalau nak tambah buah-buahan kering seperti kismis, prun ataupun kurma, masuk kan lah ya.
  • Lepas itu, lebihan likatan cecair dituang ke dalam loyang roti kita. Biar mencecah cecah basahnya.
  • Kemudian, dah boleh kukus. kena kukus ehk, takmo derhaka . Kalau bakar tak sedap .Itu kena cari resepi lain. Kukus selama 15- 20 minit. Dan sedia untuk dimakan

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN