Untuk sarapan pagi atau makan malam pun boleh… (menu sampingan kafe di pejabat).

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

0jam 0min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Roti Komando

Untuk sarapan pagi atau makan malam pun boleh… (menu sampingan kafe di pejabat).

BAHAN-BAHAN

  • Inti: 3-4 biji telur
  • 1 batang sosej (potong nipis-nipis)

  • 3-4 ketul cendawan butang (hiris nipis-nipis)

  • 2 sudu besar daging cincang (ayam)
  • ½ sudu kecil serbuk lada hitam

  • Garam secukup rasa dan minyak untuk menggoreng

  • 10 keping roti

  • Salut luar: 2 biji telur + secubit garam

  • Sedikit mayonis & sos tomato/cili
CARA PENYEDIAAN
  • Inti:
    Pecahkan telur, masukkan daging cincang, sosej, cendawan dan garam. Kacau telur (macam nak buat telur hancur tu). Gambar bahan-bahan inti.
  • Panaskan kuali, dan goreng telur sampai masak (biar ia lembap sikit, tidak terlalu kering). Bila dah masak, ketepikan.

  • Ambil 2 keping roti, letak telur tadi di atas satu roti & tekapkan dengan roti lagi satu. Ulang buat sampai habis telur tadi.

  • Panaskan kuali yang tidak melekat dengan sedikit minyak.

  • Dalam mangkuk lain, pecahkan 2 biji telur, campur garam biar masin sikit saja (sebab inti dah masin) & kacau sedikit. Selepas itu, celup satu persatu roti (yang sudah siap ditekap dengan telur) dan goreng hingga kekuningan.

  • Bila dah siap goreng, bolehlah samada dipotong dua roti tu (dapat 10 set); atau tidak perlu potong (dapat 5 set).

     

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN