Resepi keluarga yang mengenyangkan

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Roti Gulung Warisan

Resepi keluarga yang mengenyangkan

BAHAN-BAHAN

  • 10 keping roti sandwic ( di gelek hingga leper)
  • 1 tin kecil sardin
  • 1/2 labu bawang besar (potong dadu)
  • 1 biji lada merah potong nipis (jika suka pedas tambahkan cili api)
  • 1 biji jus limau kasturi.
  • secukupnya kicap manis dan garam
  • Sedikit tepung gandum dibancuh air untuk gam
  • 1 camb minyak untuk menumis
  • serbuk roti/ oats.
  • 1 biji telur dikacau rata + secubit garam jika suka.
CARA PENYEDIAAN
  • Kemaskan roti dengan memotong tepi2nya.
  • Tumis bawang, lada hingga naik bau
  • Masukkan sardin yang ditoskan airnya..(Kacau sambil dihancurkan )
  • Tambahkan kicap dan garam secukup rasa serta masukkan jus limau. Kacau hingga agak kering angkat.
  • Letakkan inti sardin atas roti dan gulung kemas gam hujungnya.
  • Sumbat kiri kanan gulung roti dengan baki roti yg dipotong untuk mengelakkan inti keluar.
  • Celup roti dalam telur dan golekkan atas serbuk roti rata dan goreng dengan api sederhana hingga keperangan.
  • Jika hendak simpan / frozenkan..lakukan hingga langkah 6 shj..simpan dalam bekas kedap udara..Bila nak makan keluarkan dan ikut langkah 7…
  • Makan panas2- dengan sos disukai…amat mengenyangkan..dan boleh jadikan bekal anak2 ke sekolah..
  • Selamat mencuba…

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN