Khas dari Dapur Mummy. Enak dinikmati sebagai sarapan pagi atau minum petang.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

0jam 0min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Roti Gulung Mummy

Khas dari Dapur Mummy. Enak dinikmati sebagai sarapan pagi atau minum petang.

BAHAN-BAHAN

  • 8 keping roti sandwich
  • 1 dada ayam dicincang
  • 8 ekor udang sedang
  • 5 sudu besar sayur campur
  • 2 sudu besar sos cili
  • 2 sudu besar sos tomato
  • Sedikit sos tiram
  • Lada sulah, garam dan gula secukup rasa
  • 2 biji telur
  • 100g serbuk roti
  • Air
CARA PENYEDIAAN
  • Roti dibuang tepinya dan digelek sehingga nipis.
  • Cincang dada ayam dan udang.
  • Gaulkan dada ayam dan udang yang telah dicincang dengan sayur campur, sos cili, sos tomato, sos tiram dan lada sulah.
  • Panaskan kuali dengan sedikit mentega. Masakkan campuran dada ayam tadi sehingga masak. Masukkan gula dan garam secukup rasa. Kacau di atas api yang perlahan hingga masak.
  • Angkat dan sejukkan. Ambil roti yang telah digelek tadi dan masukkan inti ayam tadi. Letakkan di hujung roti dan gulungkan. Kemaskan di hujungnya dengan meletakkan sedikit air.
  • Pukul telur. Celupkan roti yang telah siap digulung ke dalam telur dan kemudiannya golekkan roti tadi di dalam serbuk roti.
  • Goreng roti tadi atas api yang sederhana dengan minyak yang banyak. Angkat dan toskan. Bolehlah dihidangkan.

Sertai Kami & Kongsikan Resepi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resepi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN