Nampak tak menarik sangat tapi sedap, cuba jangan tak cuba…
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Resipi Ringkas
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
0jam 0min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Roti Goreng Sardin
Nampak tak menarik sangat tapi sedap, cuba jangan tak cuba…
BAHAN-BAHAN
- 8 keping roti
- 2 tin kecil sardin
- *1/2 ulas bawang besar
- *2 ulas bawang putih
- Mentega
- 1 cawan tepung gandum
- 1 biji telur saiz M
- Minyak untuk mengoreng
CARA PENYEDIAAN
- Tumis bahan-bahan * dan masukkan sardin (kuah sardin masuk sedikit sahaja supaya tidak kering, kalau banyak nanti lembik)
- Potong tepi roti yang berwarna coklat dan sapukan mentega dan sapukan sardin yang hancur macam buat sandwich.
- Bancuh tepung dengan telur dan air secukupnya seperti menggoreng cucur pisang.
- Celupkan roti yang siap digulung ke dalam bancuhan tepung dang goreng sehingga warna keperangan seperti gambar.
- Toskan dan sedia untuk dimakan dan sesuai untuk juadah berbuka.
Sertai Kami & Kongsikan Resepi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resepi kebahagian anda dengan kami.