Roti coklat berbentuk hati.
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Resipi Ringkas
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
0jam 0min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Roti Coklat
Roti coklat berbentuk hati.
BAHAN-BAHAN
- ** Bahan A**
- 110g tepung roti
- 2 sudu kecil yis kering
- 2 1/2 sudu besar gula
- 175ml susu segar ( 40 C/ suhu bilik)
- ** Bahan B**
- 110g tepung roti
- 30g serbuk koko
- 1/2 sudu kecil garam
- ****************
- 1/2 sudu besar serbuk koko
- 2 sudu besar gula halus
- 1 sudu besar susu – utk sapu
CARA PENYEDIAAN
- Masukkan bahan A ke dalam mangkuk. Kacau biar sebati.
- Masukkan bahan B, gaulkan. Kemudian keluarkan letak di atas papan canai.
- Ulilah sampai tak melekat kat tangan selama 10-15 minit. Ketuk-ketuk doh pada papan canai masa uli.
- Kemudian masukkan semula ke dalam mangkuk. Tutup dengan kain basah. Biar naik 2 kali ganda (lebih kurang 20 minit).
- Tekan dengan jari telunjuk untuk menguji doh roti naik atau tidak. Kalau dah nampak lubang kesan jari, bermakna dah naik.
- Tumbuk- tumbukkan doh untuk keluarkan angin. Bahagikan kepada 8 bahagian. Buat bentuk bulat. Rehatkan 10 minit.
- Ambik sebiji dan canaikan jadi lebih kurang 10 x 5 cm. Taburkan gula halus dan serbuk koko. Kemudian gulung macam gulung tikar. Kemudian lipat dua. Potong bahagian hujung lipatan.
- Lepas tu buka pada bahagian yang dipotong.
- Penaik selama 20 minit. Kemudian sapukan dengan susu.
- Siap untuk dibakar. Bakar pada suhu 180C selama 8 minit.
Sertai Kami & Kongsikan Resepi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resepi kebahagian anda dengan kami.