Sedap, rasa macam kat warung.
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Resipi Ringkas
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
0jam 0min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Roti Canai
Sedap, rasa macam kat warung.
BAHAN-BAHAN
- 550gm tepung gandum
- *250gm air
- *1 biji telur -50gm
- *3 sudu besar susu pekat manis – 60gm
- *1 sudu teh garam – 6gm
- *1 sudu teh mentega/marjerin – 15gm
- 1-2 sudu besar tepung gandum – untuk ditambah kalau terlebih lembik semasa menguli
CARA PENYEDIAAN
- Masukkan bahan * ke dalam bekas, kacau hingga sebati.
- Masukkan bancuhan air tadi ke dalam tepung.
- Uli hingga jadi doh.
- Rehatkan doh selama 10 minit.
- Uli lagi selama 5 minit.
- **ulang langkah 4 & 5 sebanyak 3 kali.** Perhatian: selepas kali ke 3 proses menguli & rehat, doh akan bertambah kenyal dan tak melekat. Jadi jangan risau kalau proses yang pertama terasa doh melekat di tangan. Kalau ranya lembik lagi selepas kali kedua menguli & rehat, tambah sedikit tepung (dalam 1 sudu besar).
- Uli guna tangan, tapi kalau nak pakai mesin ‘breadmaker’ pun boleh. Untuk mesin, ikut langkah 1,2,3 di atas. Masukkan dalam mesin, programkan ke ‘basic bread’..biarkan proses selama 1 jam 15 minit. Selalunya doh lembik skit sebab suhu ‘breadmaker’. Masa mesin berhenti seketika (‘pause’), keluarkan doh, uli sekejap dengan sedikit tepung. Kemudian, masukkan balik dalam mesin.
- Bentuk bulat-bulat (anggaran 12-16 biji bergantung pada saiz). Perap selama 3 jam atau lebih dan boleh ditebar atau di tarik-tarik.
- *Jika tak habis tebar, boleh simpan dalam peti ais sehingga ke 2 hari.
- *Tips: kalau terlebih uli, doh akan kenyal dan susah nak tebar. Bila masak roti akan kenyal. Itulah sebabnya proses uli, rehat, diulang 3 kali.
- *Untuk komen dari skyblue dan yani: saya dah kemaskini jumlah air kepada 250gm. Doh roti canai ni memang keras berbanding dengan doh roti biasa. Tetapi, jangan risau, selepas diperap , doh akan lembut sebab kalau terlalu lembik, nanti bila nak tebar, akan koyak. Kalau tak tau tebar, boleh la tarik, nipis-nipis…
- Lupa nak cakap. Masa lepas dibulat-bulatkan, hendaklah disapu dengan marjerin, kemudian baru simpan..dan masa nak tebar pulak, hendaklah di penyek-penyek dulu sebesar tapak tangan, kemudian rehatkan selama 10 minit, boleh buat banyak-banyak, lepas tu barulah di penyek besar-besar untuk proses tebar.
Sertai Kami & Kongsikan Resepi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resepi kebahagian anda dengan kami.