Resipi Roti Boy ini dapat dari Recipezaar, kemudian buat sedikit perubahan dari resipi asal. Ini resipi yang telah ubahsuai untuk mendapat rasa dan juga tekstur roti yang sempurna. Sekiranya tidak suka dengan perasa kopi pada lapisan atasnya boleh gantikan dengan coklat emulco untuk mendapatkan rasa coklat.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

0jam 0min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Roti Boy (Mexican Bun)

Resipi Roti Boy ini dapat dari Recipezaar, kemudian buat sedikit perubahan dari resipi asal. Ini resipi yang telah ubahsuai untuk mendapat rasa dan juga tekstur roti yang sempurna. Sekiranya tidak suka dengan perasa kopi pada lapisan atasnya boleh gantikan dengan coklat emulco untuk mendapatkan rasa coklat.

BAHAN-BAHAN

  • # Bahan untuk inti #
  • 100 gram mentega bergaram, dilembutkan
  • 1/4 sudu teh esen vanila
  • 35 gram gula perang
  • # Bahan untuk lapisan atas #
  • 100 gram mentega, dilembutkan
  • 80 gram gula aising, diayak
  • 2 biji telur, dipukul sedikit
  • 3 sudu makan NESCAFE dicampurkan dengan 2 sudu besar air
  • Secubit serbuk kayu manis, boleh dicampur ke dalam esen kopi
  • 100 gram tepung serbaguna, diayak
  • # Bahan untuk doh manis #
  • 500 gram tepung roti, diayak
  • 20 gram tepung susu, diayak
  • 75 gram gula pasir
  • 1 sudu teh) garam
  • 1 1/2 sudu teh yis segera
  • 1 biji telur, dipukul sedikit
  • 270 gram (270 ml) air atau susu segar (kalau sudah menggunakan susu tepung jangan guna susu tapi gunakan air)
  • 60 gram mentega, dilembutkan
CARA PENYEDIAAN
  • Cara untuk intinya: Pukul mentega dalam pengadun pada kelajuan sederhana selama 3 minit. Masukkan esen vanila dan gula perang dan pukul hingga sebati. Tuangkan adunan ke dalam mangkuk dan bekukan dalam peti sejuk. Bahagikan adunan inti kepada 10 gram dan bulatkan dan simpan dalam peti sejuk sehingga sedia untuk digunakan.
  • Cara untuk lapisan atas: Pukul mentega dan gula aising pada kelajuan sederhana selama 5 minit sehingga adunan ringan dan gebu. Masukkan telur sedikit demi sedikit. Masukkan esen kopi. Masukkan tepung dan putar pada kelajuan perlahan sehingga semuanya sebati. Masukkan ke dalam beg (‘piping bag’) dan sejukkan dalam peti sejuk sehingga sedia untuk digunakan.
  • Cara untuk doh manis: Campurkan tepung yang telah diayak, gula pasir dan garam di dalam pengadun dan putar pada kelajuan perlahan selama 1 minit. Masukkan yis, telur dan air. Putar selama 1 minit pada kelajuan perlahan dan kemudian pada kelajuan sederhana selama 8 minit. Masukkan mentega dan gaul hingga sebati selama 5 minit pada kelajuan sederhana sehingga adunan roti menjadi lembut dan licin. Kemudian bulatkan adunan setiap bahagian 55 gram (boleh dapat 17 bahagian). Bentukkan bulat. Tutup dengan kain lembab dan biarkan selama 10 minit.
  • Cara untuk membuat Roti Boy: Menggunakan telapak tangan leperkan adunan roti. Letakkan inti ditangan dan tutup dan kemaskan (mesti tutup betul kalau tidak sewaktu membakar inti akan terkeluar dan cair). Bentukkan bulat dan letakkan atas loyang pembakar yang telah disapu mentega. Ulangi untuk bulatan roti yang lain. Letakkan roti pada jarak 7.5cm diatas loyang pembakar. Ketepikan untuk diperap selama 45 minit di dalam suhu suam. Paipkan lapisan atas di atas roti bentuk spiral (bulat-bulat) bermula dari tengah. Bakar pada suhu 170 darjah C selama 15-20 minit atau sehingga roti kekuningan.

Sertai Kami & Kongsikan Resepi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resepi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN