roti inti kacang merah – bread maker
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Pencuci Mulut / Minuman
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
0jam 0min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Roti anpanman
roti inti kacang merah – bread maker
BAHAN-BAHAN
- 290g tepung roti
- 200cc susu + telur
- 15g gula
- 5g garam
- 15g mentega
- 3g yis
- * 230g inti kacang
- telur kuning untuk sapu
- kacang hitam untuk mata. Boleh juga diganti dengan kismis
- sedikit serbuk koko untuk mulut. Cairkan.
CARA PENYEDIAAN
- Masukkan semua bahan-bahan ke dalam bread maker. Ikut arahan pada setiap bread maker.
- Keluarkan adunan dari bread maker. Bahagikan kepada 10 bahagian untuk kepala. 10 ketul untuk hidung. 20 ketul untuk pipi. Saiz pipi mesti kecil sedikit dari saiz hidung. Biarkan 20 minit. Tutup dengan kain bagi mengelak dari kering.
- Masukkan inti pada bahagian kepala. Tutup dan tekan biar jadi leper. Letaklah mata, hidung dan mulut. Buat sampai habis.
- Masukkan dalam oven. Penaik selama 40 minit pada suhu 35-40 degree.
- Kemudian keluarkan roti tadi. Sapukan dengan telur kuning. Di samping tu naikkan suhu oven ke 180 degree.
- Bakar selama 15 minit.
Sertai Kami & Kongsikan Resepi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resepi kebahagian anda dengan kami.