Cantik, menarik dan sedappp!!!…resipi unggul dari “mamafami”…

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Rose Tart

Cantik, menarik dan sedappp!!!…resipi unggul dari “mamafami”…

BAHAN-BAHAN

  • 3/4 cawan gula aising
  • 1 cawan tepung jagung (cornstarch)
  • 1/2 cawan mentega
  • 1/2 cawan margerina
  • 1 kuning telur
  • 1/2 camca teh esen vanilla
  • Tepung gandum secukupnya (kurang lebih 1 3/4 cawan)
  • Jem strawberry atau raspberry secukupnya
  • Paper cup saiz kecil
CARA PENYEDIAAN
  • UNTUK DOH:- Pukul mentega, margerina dan gula aising hingga sebati. Masukkan kuning telur dan esen vanilla, terus memukul hingga berkrim. Masukkan tepung jagung dan gaul hingga rata, kemudian masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit hingga adunan menjadi doh yang lembut.
  • UNTUK ROSE TART:- Canai doh setebal 1/2 cm, terap dengan acuan bulat berbiku (saiz=3cm). Sapu doh yang diterap tadi dengan sedikit jem strawberry/raspberry. Perlu 2 keping untuk 1 tart rose.
  • Lipat dua setiap keping doh yang disapu jam tadi.
  • Bentukkan doh tadi menjadi seperti huruf “U”, buat secara berhati2..
  • Cantumkan dan kemaskan cantuman tadi sehingga elok rupa parasnya..
  • Masukkan rose tart tadi ke dalam paper cup. Buat hingga siap dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 150C selama 10 – 15 minit, sejukkan sebelum disimpan dalam bekas kedap udara..

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN