Utk yg dah pandai buat kek lapis, blh lah advance buat roll pulak…. Along kursus dgn Rabiah Amit, pembuat kek lapis yg terkenal…Buku dia pun ada di pasaran.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Roll Kipas

Utk yg dah pandai buat kek lapis, blh lah advance buat roll pulak…. Along kursus dgn Rabiah Amit, pembuat kek lapis yg terkenal…Buku dia pun ada di pasaran.

BAHAN-BAHAN

  • BAHAN2 A:
  • 15 biji Kuning Telur
  • 6 biji Putih Telur
  • 250g Gula halus
  • 200g Tepung Hong Kong / superfine
  • 1 camca Ovalette
  • 50g Tepung Jagung
  • BAHAN2 B:
  • 450g Mentega
  • 4 camca Susu pekat manis
  • 1 tin kecil Seri kaya
  • BAHAN C:
  • Pewarna Merah, Hijau, Kuning
  • BAHAN2 KULIT:
  • 10 biji Kuning telur
  • 4 biji Putih telur
  • 150g Tepung Hong Kong
  • 150g Gula Kastor
  • 20g Tepung Aiskrim
  • 1 camca Ovalette
  • 1 camca teh serbuk penaik
  • 50ml Air ais
  • 125ml Mentega cair
  • 1 botol jem strawberi
CARA PENYEDIAAN
  • Pukul kesemua bahan A dgn kelajuan tinggi sehingga kembang & bertali. Pukul bahan B di tempat berasingan sehingga kembang. Campurkan kedua2 bhn. Bahagikan kpd 3 warna & bakar dlm acuan 8 1/2 x 8 1/2 x 1 inchi setiap satu warna berasingan. Bila dah sejuk potong jalur2 selebar 3/4 inchi. Lepas tu belah dua setiap jalur menjadi jalur 3 segi seperti gambar. Susun menjadi bentuk kipas seperti dlm gambar & lekatkan setiap lapis dgn jem.
  • Utk kulit roll, pukul semua bhn kecuali mentega & jem, dgn kelajuan tinggi sehingga kembang & bertali. Masukkan mentega. Tuang & ratakan 2 senduk adunan dlm tin & bakar. Angkat & letak atas tuala bash. Sapukan jem & letak roll tadi. Gulung dgn kemas. Bakar & gulung sehingga habis.
  • Selamat mencuba. Remeh sikit nak buat tapi puas hati bila dah jadi. Kalau nak beli mahal bukan main.
  • Ini dia gambar alat utk memotong kek lapis berbagai saiz – ada 1.5, 1, 3/4 & 1/2 inci. Alt ini di letak atas kek & potong dgn pisau yg tajam.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN